Sabtu, 17 Julai 2010

jejaka besi karat rapuh dan gadis jelita bernama bunga

bukan sengaja untuk 'mengada'
cuma teruja tak terhingga
terlebih gembira hilang minda
bila berdua hanya berdua
peluru cemburu luar biasa

bukan sengaja untuk' terlupa'
tentang kita teman biasa
tiap saat, minit dan tika
sentiasa berdoa berubah semua
tiada watak si tiga empat dan lima

tapi kita tetap sama
teman biasa yang sederhana
tidak kalis tembakan chinta
dari muncung mulot si jejaka
merbahaya selamanya

durjana di mata
mulia padanya
cukoplah jika engkau percaya
lelaki besi bersama bunga
tetap direka dan dicipta
bersama air di matanya

Sabtu, 3 Julai 2010

Hapuskan Air Matamu





lagu yang terAMAT pelik!
terasa seperti
menangis sambil menari
tanpa henti

Jumaat, 2 Julai 2010

seorang bekas teman wanita

bekas teman wanita saya
chantek dan sungguh bersahaja
penoh mesra bijak bermaen kata
juga sangat suka ketawa
membuat saya lupa segala
hanya dia tiada seterusnya

bekas teman wanita saya
kini sudah berdua semula
bersama seorang yang berharta
seorang yang sempurna kononnya
khabarnya akan berumah tangga
menghitung detik bahagia

payung emas di tangan kiri
kepada kau tetap ku beri
kerana kau pujaan hati
infiniti..

Khamis, 1 Julai 2010

menjulang si dalang

cenderawasih terbang riang
katanya syurga sudah ditemui
tetapi ditembak mati pemburu bersiri
yang jadi tetap jadi
walaupon tersemat kuasa sakti

si merak terbang ke kayangan
indah suasana tidak keruan
tidak sedar sudah diperangkap bulan
kaki dirantai disihir syaitan
supaya lalai ilang haluan



tak usah kau berlari
aku sudah lama berhenti



barangkali...