Khamis, 7 November 2013

Coretan untuk Abah

dulu gagah menghunus senjata,
seribu peluru meluru kepala,
satu satu ditepis tenang bergaya,
dituju semula si musuh durjana.

goyang tiga bintang dek tikaman matanya,
tapi kini dipenjuru berbeza,
dengan ujian bertubi Tuhan maha kuasa,
bila pula akan tiba akhir cerita?

duduk tunduk di satu sudut,
termenung panjang mengenang masa,
segala urusan dibantu semua,
lemah longlai tak lagi berdaya.

pandang surut layu matanya,
nampak benar sayu bernyawa,
dengan ujian bertubi Tuhan maha kuasa,
bila pula akan tamat segala derita?

tiada apa yang perlu kau kesalkan,
kau berjaya semua tugasan,
jangan kau kesalkan cerita,
arahan Tuhan maha kuasa,
harap semua berakhir gembira.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan