Selasa, 19 November 2013

Ratapan Gminor

Mengapa terjadi bencana?
Bila kau ku sembah kau ku puja
Kau permaisuri kau segala
Hancur musnah istana dibina
Dari bisikan nafsu asmara
Muncong jantan celaka.

Kau tetap ku puja puja

Walau terpisah alam berbeza

Curang

Duhai nyawa panjang cerita
Kisah ku ini bukan rahsia
Mohon lenyap semua curiga
Pandang lurus akhir cerita

Dondang dendang irama ghairah
Joget mula nafsu menjengah
engkau dirayu aku disembah
padamu tunduk layu menyerah

ketuklahlah pintu jalan belakang
akan ku bukak ia luas terkangkang
Jangan ditanya adinda rahsia
Mengapa mudah ku serah raga
Panahan mata tikaman dada
Bertubi tubi berbisa bisa’’

hanya kau yang satu

dia itu beribu

Khamis, 7 November 2013

Punggur Rebah Belatuk Mati

Kasih Jupiter pudar warnanya
Tunduk di sudut melukut layu
Mati sudah segala rasa
Mati sudah segala cerita

Aku kasihankan diri ini
Punggur rebah belatuk mati
Bangkitlah wahai jiwa
Bangkit demi nyawa
Walau sudah tawar rasanya




Coretan untuk Abah

dulu gagah menghunus senjata,
seribu peluru meluru kepala,
satu satu ditepis tenang bergaya,
dituju semula si musuh durjana.

goyang tiga bintang dek tikaman matanya,
tapi kini dipenjuru berbeza,
dengan ujian bertubi Tuhan maha kuasa,
bila pula akan tiba akhir cerita?

duduk tunduk di satu sudut,
termenung panjang mengenang masa,
segala urusan dibantu semua,
lemah longlai tak lagi berdaya.

pandang surut layu matanya,
nampak benar sayu bernyawa,
dengan ujian bertubi Tuhan maha kuasa,
bila pula akan tamat segala derita?

tiada apa yang perlu kau kesalkan,
kau berjaya semua tugasan,
jangan kau kesalkan cerita,
arahan Tuhan maha kuasa,
harap semua berakhir gembira.


Rabu, 13 Mac 2013

Soalan untuk Tuhan.

Ini adalah kisah seorang  lelaki sarkastik yang mempunyai senyuman plastik. Beliau adalah lelaki sederhana yang mempunyai senyuman manis yang masa lapangnya gemar di isi dengan duduk dan merenung panjang keluar tingkap dari sudut bilik kebalnya. Dari situ jelas dia berasa sungguh sempurna.  Kehidupannya yang bosan menyebabkan dia  menjadi seorang manusia yang rajin. Orangnya juga riang tapi tersorok di sudut hati, beliau hanyalah seorang lelaki yang rapuh dan sengsara malah penuh dengan kesunyian. Bersusun soalan untuk Tuhan beliau fikirkan. Soalan khas untuk Tuhan. Hanya Tuhan punya jawapan. Tetapi masih sepi tanpa jawapan..

Lelaki sarkastik yang bersenyuman plastik. Hanya ingin menjadi somebody di mata manusia moden yang bertopeng aneh. Sudah terlalu lama menjadi nobody.  Walaupun  sudah dicurah segala peluh keringat, sudah ditanam berbatasan semangat. Masih tewas. Bangkit semula. Tetap juga tewas. Jauh sudah beliau ditinggalkan. Hampir saja luput namanya dalam senarai pelari masa dalam muka bumi ini dek kerana sering ketinggalan. Beliau bukan mahu menjadi paling hadapan. Hanya seiringan dengan sekelompok manusia moden dengan bertopeng aneh itu. Itu sahaja! Kembali bersusun soalan untuk Tuhan. Soalan khas untuk Tuhan. Hanya Tuhan punya jawapan. Tetapi masih sepi tanpa jawapan..

Lelaki sarkastik yang bersenyuman plastik  Beliau menyimpan seribu juta rasa berbunga untuk si anggun berhijab. Gadis pujaannya. Walaupun sudah dicurah segala hati segala isipadu tersembunyi. Tetap dipandang biasa di mata si anggun berhijab yang berseri. Bagai luka di sapu garam terkikis. Akur kekalahan teruk beliau kepada jejaka kacak melayu bernama inggeris. Beliau akui tiada apa yang boleh dibanggakan dengan dirinya yang sering ketinggalan dalam perlumbaan ilusi. Tetap dia yang beliau tunggu dalam muka bumi walau bukan dirinya yang dimimpi. Masih bernyala atau sudah mati segala diimpi? Mula bersusun soalan untuk Tuhan. Soalan khas untuk Tuhan. Hanya Tuhan punya jawapan. Tetapi masih sepi tanpa jawapan..

Lelaki sarkastik bersenyuman plastik  Merenung panjang dalam bilik kebalnya berseorangan. Beliau mula merasakan terlalu lama menunggu jawapan dari Tuhan. Harapnya agar dapat disegerakan. Untuk beliau mengetahui sendiri apa itu sebenarnya ‘hikmah disebalik kejadian’.  Setiap kesabaran ada batasan! Sudah bersusun soalan untuk Tuhan. Soalan khas untuk Tuhan. Hanya Tuhan punya jawapan. Tetapi masih sepi tanpa jawapan..

Lelaki sarkastik bersenyuman plastik. Mencapai sebuah kerusi mudah elastik.
Menyimpul satu ikatan mati. Cuba mengikat ke kipas silingnya sebuah tali.
Berdiri tegak di atas kerusi. Menghadap tenang suasana pagi.
Tak perlu lagi memendam duka. Ditemui sudah jalan segera.
Tersemat di tangan satu kertas penuh catatan. Soalan untuk ditanya kepada Tuhan.

Terjun atau tidak. Bukan lagi satu soalan. 
Tapi jawapan. Jawapan kepada dugaan Tuhan…






Rabu, 25 Julai 2012

tentang talam ternanti tara

tentang tara tari terlentang
tidak talam tegar tertumpang
takkan terelak tikam tikaman 
tak terlawan tiada tandingan


tolong tuang tolong terluang
talam tidaklah terlalu terisi
taklah takot tidak terangsang
tidakkan talam tulus tragedi

takkan talam tertikam tara
terlanjur talam tidak terhenti
tipikal tipis tirisan terasa
terlalu tajam terlalu triniti.

Ahad, 22 Julai 2012

Gadis Hijabster

bergelora padu angin nafsu mentah
bila gadis berhijab anggun melangkah
tikaman bertubi ke hati tak berdarah
harap tak gelabah harap tak melatah.

khidmat setia tulus pada gadis jupiter
mungkin takkan terbahagi dua 
tapi tak tertampu aku menahan semuanya
panahan super gadis hijabster.




Sabtu, 24 Mac 2012

2012

Bak datang seribu hunusan, akan ku tepis satu persatu..

coretan pertama pada 2012.
angin baru yang pelbagai kini di kota Machang.

Sabtu, 26 Februari 2011

kisah seorang aktor 2.0 (terima kasih GADIS JUPITER)

penoh yakin di permulaan jalan
senyuman plastik mula kepudaran
tapi aktor tiada pilihan
tetap memikul satu guni soalan
soalan bodoh penoh kemaluan
soalan untuk Tuhan
yang tiada jawapan
hanya pilihan mengelirukan.

tapi aktor tidak pernah goyang
percaya takkan hilang sokongan
dari GADIS JUPITER yang setia di belakang
dengan wajah penoh jiwa ketenangan

sudah aktor mula langkah seribu
dan tidak sabar memecut laju
bila mula selesa berjalan dengan penoh rasa malu
satu lagi ujian peluru berpandu

tiada lagi GADIS JUPITER bersama sokongan
kerana GADIS JUPITER sudah penat berjalan
bersama aktor yang diselimuti kegelapan
bersama aktor yang mungkin tiada harapan

kemudian
aktor itu tetap terus berjalan
namun dengan sedikit perlahan
menyeret sejuta kenangan
yang memang takkan ditinggalkan
dalam lorong gelap penoh ujian..

''Terima kasih GADIS JUPITER
sungguh demi Tuhan
perasaan aku bukan nafsu semata
tapi cinta yang penuh berbunga''

Ahad, 6 Februari 2011

tembak tepat, 2011.



tembak tepat, buah tangan dari Iqbal M.
lagu yang sungguh berjaya
buat aku kembali bernafsu untuk terus hidop
kembali bergegas kejar impian
2011, aku akan kembali 'gagah'
insyaAllah..
kudos iqbal.
satu tabik untuk kau..

''jiwaku ini kentallah kau
jangan peduli!!
mungkin belom sampai masanya
aku berdiri teriak sakan terima pujian
bila tarikhnya?
aku tak pasti....''

Sabtu, 29 Januari 2011

kisah seorang aktor di permulaan terowong gelap yang mungkin tidak berpenghujung

kematian bersiri dari satu kemalangan
cerita suram untuk diketawakan
dijulang ke puncak sakti tertinggi
lalu dipijak diludah jatoh ke bumi

diketawakan teman dipermainkan lawan
tapi nyawa maseh tidak dimatikan
walaupun aktor tak mampu melawan
mula menangis seperti perempuan
rentak ketawa pelacur jalanan
bisikkan jahat dialunkan syaitan

dihujani segala macam jenis halangan
tetapi aktor maseh bertahan
sesekali melencong tetap berjalan
tidak berhenti dan mula khayalan
tetap percaya pada rancangan tuhan
setiap watak dalam kehidupan
pasti muncul sesuatu ujian

dan aktor itu memulakan langkahnya
dengan satu senyuman yang penoh rahsia
mencari jalan keluar berpandukan sisa2 cahaya
yang tiada siapa pasti akan kewujudannya..

Sabtu, 15 Januari 2011

merangkak ke tingkat 11

saya harap tingkat 11 akan lebih dipermudahkan
tidak lagi segelap tingkat 10 yang amat memenatkan

harap2 semuanya okay.





Selasa, 14 Disember 2010

dari Pasir Jerlus ke Lubang Gelap.

tamat sudah episod baru
maseh dengan cerita belakang
aku perlu angin baru
bukan deruan angin pasang
tolong tunjukkan aku
papan tanda ke jalan terang
jangan biarkan aku
menari asyik irama sumbang
berlatih tanpa jemu
tapi tetap maseh terkangkang

dari pasir jerlus ke lubang gelap
selamanya begini mungkin..

Jumaat, 26 November 2010

nyawa kedua

memacu merak mulot bersepah
kayoh selaju tak lawan dek sumpah
padamu titah dijunjong disembah
takkan ku undur walaupon selangkah

''penat sendiri bosan menanti
ingin kompromi berkali kali
berani mati demi si wangi
syok sendiri tepok tak henti
hanya di kiri kanan menyepi
apa nak jadi tetap terjadi
walau tersisir kemas si Taming Sari''

seanggun kesuma seindah purnama
bulan dipagari bintang gembira
akan ku bawa kau turut serta bersama
dalam kisah cinta terdalam dunia

dalam kisah cinta terdalam dunia
dalam kisah cinta terdalam dunia
dalam kisah cinta terdaaaaaaaalaaaaaaamm duuuuuuniaaaaaa!!!!!!!!

Selasa, 19 Oktober 2010

gadis penghawa dingin

tidaklah bergaya tetapi mempesona
berjaya mengusik organ pudar bernyawa
diselaputi misteri persis rajawali
sungguh berseri penuh berhati - hati.

selesa bersama nyaman seperti raja
semua simpulan hilang segala
semua kusutan entah kemana
seolah gajet ciptaan si Dia
mesin penghawa dingin yang sungguh sempurna

hah.
kau berjaya dengan cemerlang
usah di tanya bagaimana
kerana aku sendiri tertanya benda serupa. =)

Rabu, 15 September 2010

engkau laksana bulan

sesekali aku berfikir
alangkah indah jika aku segenius p. ramlee
mampu merealitikan spesifikasi keanggunan seseorang
ke atas sebuah lagu yang ditulis dengan cukop indah
biar semua orang yang dengar
biar semua orang suka
memuja watak tersebot bersama sama
dan kekal begitu selama2 nya
kerana hayat sebuah lagu yang ditulis tidak berangka
tak seperti sebuah tulisan yang dijadikan cerita
yang mudah ditokok tambah dan di ubah oleh direktornya
sesedap rasa.
aku rasa...
sebuah lagu lagi hidop dari sebuah cerita.

aku maseh mencuba menulis sesuatu untuk 'gadis pendingin hawa'
heh.

siaran tamat

hari ini.
aku sedar
aku kuat bercerita.
aku sangat gemar berkongsi segala
kerana percaya
kadang kala terlupa terlebih cerita dan terlebih perasa.
yang bukan semua orang suka.
kadang kala benda yang indah menjadi celaka
distraksi merata rata
jadi laen cerita.
bodoh!

hari ini juga
aku sedar
jika sesuatu yang cerita 'agong' telah tamat dan mati
jangan sesekali cuba menghidopkan kembali
kerana magis dan saktinya pasti berkarat.
tidak lagi digemari
malah menghantui.
bodoh!

bukan senang nak jadi senang
bukan senang nak buat orang sayang
bukan senang nak buat orang julang.
hui.. *mengeluh*

jam dah pukol 5
abah sudah bangun mahu bersiap ke surau
dan aku pula mahu bersiap ke katil
ironi bukan?
heh.

Ahad, 12 September 2010

hari raya di Kuala Lumpur

selamat hari raya
hari yang teramat mulia
pabila dosa lama terhapos dan dilupa
semua ego bongkak dan takbur hilang semua (*rasanya)
seronok melihat ahli keluarga teramat mesra
bersalaman dengan senyuman semanis kesuma
sangat mustahil dillihat pada hari biasa

selamat hari raya
hari yang teramat bahagia
juga saat saudara mara bertukar cerita
setelah hampir setahun tak bersua
walau masih dengan skrip soalan sama
'maseh belajar ke suda bekerja?' 'belajar dimana kerja apa?'
tiada modal pembuka bicara agaknya

selamat hari raya
hari yang teramat istimewa
walupon umor sudah berganda ganda
aku maseh dilihat muda belia
maseh diberi wang di dalam sampul warna
walupon tidaklah seberapa dan tinggi nilainya
tapi percayalah ia sungguh bermakna

''pada kawan dan bekas kawan serta teman juga bekas teman
maafkanlah dosaku yang tidak pernah dikira banyaknya.
semuanya mungkin tidak disedari dan diluar kawalan diri.
selamat hari raya aidilfitri.''

Sabtu, 17 Julai 2010

jejaka besi karat rapuh dan gadis jelita bernama bunga

bukan sengaja untuk 'mengada'
cuma teruja tak terhingga
terlebih gembira hilang minda
bila berdua hanya berdua
peluru cemburu luar biasa

bukan sengaja untuk' terlupa'
tentang kita teman biasa
tiap saat, minit dan tika
sentiasa berdoa berubah semua
tiada watak si tiga empat dan lima

tapi kita tetap sama
teman biasa yang sederhana
tidak kalis tembakan chinta
dari muncung mulot si jejaka
merbahaya selamanya

durjana di mata
mulia padanya
cukoplah jika engkau percaya
lelaki besi bersama bunga
tetap direka dan dicipta
bersama air di matanya

Sabtu, 3 Julai 2010

Hapuskan Air Matamu





lagu yang terAMAT pelik!
terasa seperti
menangis sambil menari
tanpa henti